KUALA LUMPUR: Pelaksanaan Sistem Pemantauan Manasik Bersepadu (Imams) bagi permohonan visa umrah yang berkuat kuasa semalam, telah dibatalkan.

Perkara itu diumumkan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan ringkas di laman sosialnya pada Sabtu.

Beliau berkata kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan kementerian.

Difahamkan, pihak kementerian akan mengadakan sidang media di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Jalan Ampang di sini pada 6 petang ini.

Dalam sidang media pada Jumaat, Mas Ermieyati memberitahu pelaksanaan Imams, yang merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses Kedutaan Arab Saudi di Malaysia, bertujuan menutup ruang penipuan pakej umrah di negara ini.

Antara lain, Imams mengenakan caj tertentu yang menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat kerana dilihat akan mengakibatkan penambahan kos bagi mengerjakan umrah.-Bernama

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/12/16/imams-batal/#GXkLVS92srO0JHdm.99