IPOH: Perak akan menggunakan tapak sejarah arkeologi sebagai mengetengahkan keunikkan negeri ini sebagai tarikan yang mampu melonjakkan sektor pelancongan negeri ini di mata dunia.

Menteri Besar Perak,YAB MB Ahmad Faizal Azumu berkata kerajaan negeri akan melaksanakan inisiatif ke arah memperkasakan pelancongan arkeologi bagi

Menurutnya semua pihak perlu bekerjasama untuk merealisasikan perkara itu dengan jabatan dan agensi yang terlibat.

Jelasnya, kerajaan negeri juga akan bekerjasama secara erat dengan Perak Tourism untuk mengenalpasti kesemua pakej pelancongan yang melimpah di negeri ini.

“Sebagai contoh, kita sebenarnya beruntung dengan khazanah Hutan Simpan Royal Belum, Lembah Lenggong yang di mana kesemua ini disenaraikan di bawah lokasi Khazanah Dunia UNESCO.

“Saya juga mencadangkan agar kita menggunapakai pengiktirafan yang diberikan oleh dunia untuk kita jadikan sebagai platform memperkenalkan kesemua tarikan utama yang boleh mendapat tempat di pasaran domestik dan luar,”katanya ketika menyampaikan ucapan di Makan Malam Tahunan di Hotel Weil,dekat sini pada Sabtu.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, kesemuanya perlu dilakukan dengan menilai dan mengkaji semula pakej yang ditawarkan di kesemua lokasi pelancongan tersebut.

Katanya, antara pembaharuan pertama adalah melancarkan pertunjukan budaya secara “live” di Lembah Lenggong untuk menambah nilai sejarah kepada pelancong-pelancong.

Malah,Ahmad Faizal juga mengumumkan bahawa di bawah pentadbiran kerajaan negeri yang baru, mereka telah mengenalpasti beberapa bangunan warisan lama yang mempunyai potensi untuk diperkenalkan semula sebagai produk pelancongan utama Perak.

Katanya, buat masa ini kerajaan negeri sedang melaksanakan perbincangan dengan Railways Assets Corporation (RAC) untuk mengenalpasti masalah yang dihadapai oleh pihaknya dalam membina aset perbadanan tersebut dalam sektor pelancongan.

“Kita telah mengenalpasti beberapa aset milik aset RAC seperti Victoria Bridge (Karai), Stesen Keretapi Ipoh di mana terletaknya Hotel Majestic Ipoh dan beberapa lagi aset yang boleh ditambahbaik sebagai tarikan pelancongan.

Katanya, beliau juga ingin melihat agar Hotel Majestic yang menjadi titik perhentian Keretapi Tanah Melayu (KTMB) dijenamakan semula agar ianya tidak diabaikan begitu sahaja.