ARAU: Penjelasan terperinci mengenai Islam dan konsep ketuhanan disampaikan penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, membuka hati seorang wanita warga India yang memilih untuk memeluk Islam, hari ini.

Wanita berusia lingkungan 40-an yang dikenali dengan nama Shavila itu secara rela hati mengucap dua kalimah syahadah ketika mengikuti syarahan Zakir di Dewan Kecemerlangan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), di sini.

Tindakan hijrah wanita itu dengan lafaz syahadah dipimpin Dr Zakir, disaksikan lebih 600 hadirin termasuk Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Pengislaman wanita itu pada jam 11.50 pagi turut disaksikan secara langsung di seluruh dunia melalui akaun Facebook Suara Sunnah. Shavila ketika ditemui enggan ditemu bual kerana memerlukan ruang dengan perubahan itu.

-bharian