Bagan Serai – Seorang pemandu ambulans maut selepas kenderaan dipandunya termasuk seorang lagi penumpang terbalik di Kilometer 194.5, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini, ‪petang Rabu‬.

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar ‪jam 5‬ petang itu, lelaki berusia 22 tahun berkenaan maut ditempat kejadian manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 21 tahun mengalami kecederaan.

Ketua Operasi dari balai Bomba Kamunting, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Muhamad Yassir Adnan berkata, pihaknya telah menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mayat mangsa kerana tersempit di dalam kenderaan tersebut.

“Kami menerima panggilan sekitar ‪jam 5‬ petang mengenai kejadian itu, mangsa yang tersepit berkenaan telah diserahkan kepada pihak polis manakala yang cedera diserahkan kepada pihak hospital,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika ambulans berkenaan dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur setelah menghantar pesakit di Sungai Petani, Kedah.

Laporan lanjut akan menyusul.