SERI ISKANDAR- Seorang pemandu kren maut setelah jentera yang dinaikinya itu terbalik di Taman Maju Jalan Ipoh-Lumut, di sini, pada Rabu.

Menurut Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 12.25 tengahari.

“Setibanya jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar mendapati terdapat sebuah kren telah terbalik dan menyebabkan seorang pemandu jentera tersebut tersepit.

“Lelaki berusia 47 tahun itu maut di lokasi kejadian oleh pihak hospital, dan ketua operasi bertindak meminta bantuan dari kren lain untuk mengangkat kren tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Operasi tamat paada jam 1.40 petang dengan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya menyerahkan mangsa kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.