Subscribe Now

Trending News

Pemandu maut, cuba naik lori tiba-tiba gerak sendiri
Dalam Negeri

Pemandu maut, cuba naik lori tiba-tiba gerak sendiri 

PARIT – Seorang lelaki maut sewaktu cuba mengejar lori muatan kelapa sawit yang tiba-tiba bergerak sendiri sebelum dirempuh kenderaan tersebut di ladang kelapa sawit Changkat Banjar, Tanjung Belanja di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, mangsa, Raja Jalaludin Raja Abdullah,25, yang berasal dari Kuala Kangsar dekat sini maut di lokasi kejadian akibat tersepit di antara lori dan sebatang pokok kelapa sawit.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, siasatan mendapati, lori jenis Mitsubishi Canter yang dipandu mangsa sedang dipakir di dalam ladang tersebut.

Jelasnya, sewaktu kejadian, lori tersebut dipercayai secara tiba-tiba bergerak ke hadapan.

“Insiden itu menyebabkan mangsa cuba mengejar untuk menaiki lori tersebut namun, kenderaan itu telah merempuh sebatang pokok kelapa sawit.

“Mangsa yang tidak sempat menaiki kenderaan itu bagaimanapun tersepit di antara lori dan pokok kelapa sawit berkenaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohamad Zainal, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dibawa ke Hospital Changkat Melintang dekat sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, polis masih menyiasat kejadian tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – K! ONLINE

Related posts