Hulu Terengganu: Pemandu lori maut selepas dihempap balak ketika menurunkan balak dari lori dipandunya di kilang kayu di Ajil, Hulu Terengganu, hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata, mangsa, Azman Aziz, 56, beralamat di Lorong Warisan Puteri A15/1 Bandar Warisan Puteri, Seremban, Negeri Sembilan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan dialaminya.

“Kejadian berlaku ketika mangsa memunggah turun kayu balak dari lori di kilang kayu terbabit.

“Polis menerima laporan kejadian pada 9.40 pagi dan kami masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu,” katanya, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut sebelum diserahkan kepada ahli keluarganya.

-myMetro