BUKIT KAYU HITAM: Seorang pemandu rentung di tempat duduk pemandu kereta yang terbakar di tepi jalan di Kilometer 6 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Bukit Kayu Hitam, di sini, pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam, Penolong Penguasa Bomba Mohd Iqwan Ehshan, berkata pihaknya mendapat kereta Nissan Cefiro marak terbakar ketika tiba di lokasi kejadian.

“Api berjaya dikawal dan mangsa ditemui berada di tempat duduk pemandu dalam keadaan rentung 100 peratus, manakala kereta itu musnah 90 peratus.

“Setakat ini, operasi untuk mengeluarkan mayat mangsa sedang berjalan dan kita sedang menunggu Unit Forensik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Iqwan berkata, setakat ini, pihaknya berjaya mengesan pemilik kereta itu sebagai Tan Kia Sock, 71, yang beralamat di 2800-Q Taman Golf, Alor Setar, berdasarkan pemeriksaan pada nombor pendaftaran kenderaan yang terbakar itu.

Bagaimanapun, katanya, identiti mangsa yang rentung itu masih belum dikenal pasti – berit harian