GOPENG: Seorang pemandu maut manakala isteri dan dua anaknya cedera apabila treler yang dipandu terbabas sebuah melanggar sebatang pokok di Kilometer 309.2 Lebuhraya Utara Selatan, arah selatan, di sini, pagi Jumaat.

Mangsa, Mohd Suffian Bin Mahathir, 28, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya,
Siti Hasfa Suhaila Binti Othman, 26 dan dua anak mereka, Muhamad Kusyairi, 5 dan Intan Nur Syazwina, 4, hanya mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintenden Hasron Nazri Hashim berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5 pagi.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku ketika mereka dalam perjalanan dari Pendang menuju ke Johor.

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu treler tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan lalu melanggar pokok dan terbalik,” katanya di sini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.