SEORANG pemburu hantu berkata, dia berjaya berkomunikasi dengan Michael Jackson yang meninggal pada 25 Jun 2009.

Ia dipaparkan menerusi video Youtube terbaharu menerusi saluran OmarGoshTV.

Pemilik saluran itu bersama rakannya melawat pagar rumah Jackson di Holmby Hills, Los Angeles yang menjadi lokasi dia menghembuskan nafas terakhirnya.

Sejak kematiannya, timbul konspirasi yang mengatakan penyanyi itu sebenarnya masih lagi hidup.

Menerusi video Youtube yang dimuat naik pada 25 Ogos itu, salah seorang daripada mereka dipaparkan sedang memegang sebuah kotak dikenali sebagai spirit box.

Menurut pakar paranormal, kotak itu berupaya menjadi medium komunikasi dengan mereka yang sudah mati.

Selepas bertanyakan beberapa soalan, mereka mula menerima respon.

“Hey Michael, apakah nama tarian signatur kamu,” soal mereka.

Beberapa saat kemudian, satu suara dari kotak itu menjawab: “Moonwalk.”

Ujar mereka, suara yang menjawab perkataan Moonwalk itu persis suara sebenar penyanyi popular berkenaan.

–┬áDaily Star