Pemecatan dua veteran UMNO yang juga bekas menteri Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz dibuat mengikut lunas dan perlembagaan parti.

Ahli Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan yang diambil UMNO itu juga adalah lumrah bagi setiap parti politik terhadap mana-mana ahlinya yang menyatakan sokongan kepada parti lawannya.

“Setiap parti mempunyai disiplin, bukan hanya UMNO atau parti dalam Barisan Nasional (BN), ia juga melibatkan parti pembangkang juga,” ujar Pengerusi BN Perak itu.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu Daim Zainuddin dan Rafidah yang digugurkan keanggotaan parti, susulan tindakan menyokong pembangkang selain menghentam parti.

Dalam pada itu, Tan Sri Rais Yatim pula masih disiasat berhubung isu sama sebelum tindakan seterusnya diambil.

Dr Zambry berkata, tindakan pemecatan dua veteran UMNO itu dengan mengambil kira peraturan dan perlembagaan setiap parti politik.

“Ini yang dirujuk khas kepada dua orang ini (Daim dan Rafidah), semua orang yang berada dalam parti tentunya tahu, kalau saudara (Daim dan Rafidah) berada di sana (parti pembangkang) tentu mereka dah tidak bersama dengan parti (UMNO).

“Mana ada parti politik, contohnya kalau kita katakan DAP…dia kata semua orang boleh jadi ahli dia, dia takkan pecat ahli kalau orang itu berada di pentas parti lain…boleh ke buat macam itu?

“Dia (DAP) pun tak benarkan buat begitu, begitu juga dengan parti pembangkang lain, semua parti ada peraturannya, dah tentu mereka buat perkara yang sama,” katanya.

Beliau berkata demikian di program Santai Anak Muda ‘Mobile Legends Tournament’ di Aeon Seri Manjung, di sini pada Ahad.

Laporan media baru-baru ini menyatakan surat pengguguran keanggotan dihantar kepada Daim dan Rafidah, sebagaimana yang diperuntukkan perlembagaan parti.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor meminta surat itu dihantar kepada mereka apabila Rafidah berada di atas pentas pembangkang termasuk Tun Daim.

Adnan berkata, tindakan mereka yang menyokong pakatan pembangkang dan menghentam kerajaan adalah sesuatu yang menyedihkan.

Katanya, sebagai veteran UMNO seharusnya tahu bahawa mereka boleh digugurkan daripada parti alabila bertindak sedemikian.

BERITA BERKENAANKegiatan DAP Rekacipta Video, Risalah Burukkan BN Perlu Dipandang Serius

1/5