IPOH: Senarai pemenang bidaan untuk nombor pendaftaran kenderaan “AKU” akan dikeluarkan secara rasmi dalam masa dua minggu lagi di Bangunan Jabatan Pengankutan Jalan (JPJ) Perak di sini.

Jurucakap JPJ Perak berkata, ketika ini, pihaknya sedang memproses kesemua bidaan yang diterima selepas tender bidaan dibuka pada 3 hingga 18 Julai lalu.

Baru-baru ini, Pegarah JPJ Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, nombor plat kenderaan AKU 8055 atau dengan sebutan ‘AKU BOSS’ dijangkakan mendapat permintaan tertinggi.

Katanya, beberapa individu termasuk selebriti terkemuka tanah air, bintang sukan serta selebriti kosmetik sudah pun membuat bidaan untuk nombor plat terbabit.

“Pertanyaan untuk nombor plat AKU 8055 ini sudah kita terima sejak tahun lepas lagi. Nombor ini popular kerana ia mempunyai sebutan iaitu AKU BOSS.

“Kita jangkakan nombor pendaftaran ini akan mendapat bidaan tertinggi,” ujarnya.