IPOH 27 Okt. – Keputusan tidak rasmi pemilihan PKR Cabang Tanjung Malim hari ini menyaksikan Rafizi Ramli mengatasi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi perebutan jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Rafizi menang dengan kelebihan 299 undi apabila mendapat 433 undi, jauh mengatasi Mohamed Azmin yang mendapat 144 undi.

Sementara itu, undian untuk jawatan Naib Presiden pula menyaksikan Nurul Izzah Anwar mendapat undian tertinggi sebanyak 468 undi, diikuti Zuraida Kamaruddin 151 undi, Xavier Jayakumar 72 undi manakala Tian Chua 137 undi. – UTUSAN ONLINE