PETALING JAYA : Pemimpin tertinggi tiga parti menghadiri majlis perjumpaan yang diadakan di Hotel Sheraton, di sini, malam ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tiba kira-kira jam 8 malam, disusuli Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada jam 8.10 malam dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, jam 8.12 malam.

Selain itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dan Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin, turut hadir.

Difahamkan, semua Ahli Parlimen terbabit dipanggil memasuki bilik yang terbentang kain rentang ‘Majlis Makan Malam: Muafakat Ahli Parlimen’.