LONDON: Persembahan mengagumkan pemain sayap Liverpool, Mohamed Salah di Anfield menyaksikan peminat kelab itu mula bersorak untuk memeluk agama Islam sebagai penghormatan kepada idola baharu mereka.

Pemain kelahiran Algeria, Salah menjadi pemain kedua terpantas Liverpool menjaringkan 30 gol semusim dalam hanya 36 penampilan bersama kelab Merseyside itu.

The Reds pada Khamis lalu meraih kemenangan besar 5-0 ke atas kelab Portugal, Porto pada aksi pertama peringkat 16 terakhir Liga Juara-Juara di gelanggang lawan.

Di tengah jalan raya di bandaraya Portugal itu, peminat Liverpool yang datang untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka menyanyikan lagu dengan mengubah lirik lagu popular era 90-an, ‘Good Enough’ oleh Dodgy kepada: “Jika dia menjaringkan beberapa lagi gol, jadi saya juga akan menjadi seorang Muslim!”

Pengarah Eksekutif Bola Sepak Menolak Perkauman di Eropah (FARE), Piara Powar berkata kepada Washington Post ia adalah perkara baharu yang disaksikannya.

“Ini adalah kali pertama saya melihat penghargaan yang positif,  jelas, bersemangat dan membabitkan agama,” katanya.

Pemain Terbaik Afrika, Salah adalah Muslim yang taat dan sering meraikan jaringannya dengan melutut di padang dan bersyukur. – AFP