IPOH: Pemuda Barisan Nasional (BN) Perak sedang dalam fasa terakhir menyediakan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akan datang.

Pengerusinya, Senator Khairul Azwan Harun bersama-sama ahli jawatankuasa akan mengadakan gerak kerja tinjauan terhadap jentera akar umbi parti-parti komponen di kawasan sasaran mulai Februari ini.

“Pemuda UMNO negeri juga telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama membantu dan berganding bahu bersama jentera rakan komponen dalam merealisasikan semangat sepakat BN,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas mesyuarat pertama selepas pelantikan Khairul Azwan sebagai Pengerusi Pemuda BN negeri yang baharu serta ahli-ahli jawatankuasanya.

Beliau berkata, hasil mesyuarat itu juga, Pemuda BN Perak sebulat suara menyatakan komitmen dan sokongan penuh kepada kepimpinan Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga merupakan Menteri Besar.

“Kunci kejayaan BN di Perak adalah hasil dari kepimpinan beliau dalam memastikan hak semua rakyat di negeri in terbela tanpa mengira bangas dan latar belakang,” ujarnya lagi.

Perlantikan Khairul Azwan telah dibuat sendiri oleh Pengerusi Pemuda BN Malaysia merangkap Ketua Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.
Senarai Ahli Jawatankuasa Pemuda BN Perak Yang Baharu :

Pengerusi – Senator Khairul Azwan Harun

Timbalan Pengerusi I – Khairul Shahril Mohamed

Timbalan Pengerusi II – Mohamad Iruan Zulkifli

Naib Pengerusi (MCA) – Ting Tai Fook

Naib Pengerusi (MIC) – Neruji Muniandy

Naib Pengerusi (PGRM) – EE Chin Oom

Naib Pengerusi (MyPPP) – Ridzwan Zakaria

Setiausaha – Muhamad Iqbal Mohamed Noor

Bendahari – Nazirul Jamaluddin

Pengarah Hubungan Kerajaan – Hairul Anwar Mohamed Noor

Pengarah Komunikasi Strategik – Mohamad Adli Mohd Tahiruddin

Setiausaha Kerja – Zulfahmi Ahmad Saibi