KUALA LUMPUR : Adun Dengkil Adhif Syan Abdullah dan pembantu politik Ahmad Redzuan Shafi telah digantung daripada jawatan mereka dalam Pemuda Bersatu (Armada).

Dalam satu kenyataan media, Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berkata kepimpinan pemuda Bersatu telah memutuskan bahawa Ahmad Redzuan akan digantung dari jawatannya sebagai penolong setiausaha dan digantikan oleh Danial Syahiran Ho.

Adhif Syan pula digantung dari jawatan ketua Armada Selangor dan akan digantikan oleh timbalannya, Anas Akashah Nazri.

Kedua-dua mereka adalah antara 17 individu, termasuk enam wanita, yang ditangkap dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Puchong pada awal pagi Ahad lalu.