BAGAN SERAI – Kesempatan yang ada di Program Pemukiman Daerah Kerian dimanfaatkan sepenuhnya oleh BAIDURI menerusi siri jelajah ke beberapa buah PDK dan sekolah di kawasan berkenaan.

Yang DiPertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli berkata, lawatan yang dianjurkan itu sememangnya khusus untuk melihat perkembangan terkini para pelatih di daerah Kerian, selain menyampaikan beberapa bentuk sumbangan kepada mereka.

Menurut beliau, mengikut rancangan awal, apabila Menteri Besar mengadakan program pemukiman di daerah-daerah, BAIDURI akan turut menjalankan program ziarah PDK.

‚ÄúSepertimana di daerah Kerian yang mempunyai tiga buah PDK, saya juga berkesempatan bersua muka dengan pelajar pendidikan khas di SMK Bagan Serai serta melihat lebih dekat bagaimana mereka hasilkan produk yang sangat membanggakan,” katanya semasa berucap di program sarapan pagi bersama kanak-kanak istimewa di SMK Bagan Serai di sini pada Rabu.

Hadir sama ahli-ahli BAIDURI, kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perak (JKM) serta wakil dari K-Perak.

Dalam lawatannya ke sekolah tersebut, Saripah diberi penerangan lanjut mengenai produk Mi Ikat yang dihasilkan oleh pelajar pendidikan khas menerusi Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI).

Selain itu beliau turut mengambil peluang menghasilkan sendiri mi dengan bantuan guru yang terlibat.

Variasi mi yang ada di sini seperti mi kuning, mi lobak, mi bayam dan mi labu.

PPKI SMK Bagan Serai mempunyai sepuluh orang guru dengan 41 orang murid dengan tujuh bilik darjah, termasuk kelas inklusif dan tiga orang Pembantu Pengurusan Murid.

Terdahulu, Saripah bersama-sama anggota rombongan menziarah ke PDK Pelangi Kasih, PDK Nur Iman dan PDK Kuala Kurau.

baiduri12

baiduri11

baiduri10

baiduri9

baiduri8

baiduri7

baiduri5

baiduri4

baiduri3