IPOH: Penguatkuas Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) sentiasa konsisten menjalankan tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik anjing serta mengikut prosedur tetap operasi (SOP) yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan MBI, kaedah pemusnahan yang digunakan oleh adalah mengikut prosedur yang ditetapkan dibawah Undang-Undang Kecil Pelesenan Anjing (MPI) 1987.

Sehubungan itu, MBI memohon kepada warga Ipoh untuk sama-sama membantu mengatasi masalah anjing liar di kawasan masing-masing di talian whatsapp MBI, 019-5503083.

“Semoga Bandaraya Ipoh akan bebas daripada masalah anjing liar,” katanya kenyataan itu.

Sejak beberapa hari lalu, timbul isu mengenai video pemusnahan anjing liar yang tular di media sosial, yang mengundang kritikan netizen.

Video yang telah diviralkan tersebut berlaku jam 10 pagi Selasa di mana satu Unit Kawalan Anjing Penguatkuasa MBI telah ditugaskan ke skim perumahan baru di Pengkalan Gate bagi tujuan menyelesaikan aduan berulang berkaitan banyak anjing yg berkeliaran di kawasan berkenaan.

“Mereka telah dibawa oleh wakil penduduk kawasan tersebut bagi mengatasi aduan berkaitan anjing liar yang telah menyerang kambing ternakan dan seorang pegawai kanan tentera.

“Seekor anjing liar telah dimusnahkan di kawasan berkenaan bagi menyelesaikan aduan tersebut,” kata kenyataan itu lagi.