TELUK INTAN: Seramai 22 keluarga di sekitar Kg Baru Sungai Chawang kini boleh menarik nafas lega apabila penantian selama 40 tahun akhirnya terjawab dengan bekalan elektrik daripada Tenaga Nasional Berhad(TNB) ke rumah mereka.

128f9438-8d8d-4ca3-99d6-414c3bfac1c2

Malah, kegembiraan mereka juga berganda apabila kerajaan negeri mengumumkan inisiatif carian sumber air bawah tanah yang sering menjadi permasalahan mereka sejak berpuluh tahun.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia (USM) dan Lembaga Air Perak (LAP) bagi merealisasikan impian penduduk kampung yang selama ini bergantung kepada air telaga untuk kehidupan seharian.

“Kami menyedari bahawa faktor jarak Kg Sungai Chawang daripada jalan utama, dengan keadaan jalan teruk yang memerlukan sejam untuk sampai ke kampung merupakan masalah yang telah menyebabkan mereka mengalami masalah bekalan elektrik.

51c9d147-5091-49c2-ba3e-79596db82267

“Mujur, dengan pendekatan daripada Tenaga Nasional Berhad ( TNB) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) bersama wakil rakyat elektrik dapat disediakan buat mereka dan mereka begitu gembira dengan pemberian ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar( BELB) oleh TNB dan KKLW yang telah dipasang di setiap 22 rumah sekitar Kg Sungai Chawang sejak 15 April lepas pada Rabu.

Justeru, Dr Zambry menyedari bahawa dengan penyediaan keperluan asas elektrik itu kini ianya adalah wajar untuk menggunakan pendekatan mencari sumber air bawah tanah bagi menyelesaikan masalah penduduk kampung yang terletak di DUN Changkat Jong itu.

Katanya, bilangan penduduk yang sedikit iaitu sebanyak 16 buah rumah bukanlah penghalang bagi kerajaan negeri yang komited dalam memastikan keselesaaan semua rakyat setempat.

“Kos awal adalah sebanyak RM6 juta ringgit tetapi saya telah meminta LAP untuk cari kaedah mengesan sumber air bawah tanah yang bersih dan boleh diproses.

718dec25-a3ab-418d-a369-c7ca34ece5f4

“Malah penyelidik daripada USM juga telah memaklumkan kepada saya, bahawa laporan kajian membuktikan tiada penemuan bakteria E Coli dalam kandungan air di sekitar kawasan ini jadi kita mungkin akan menggunakan pengambilan air bawah tanah ini,” ujarnya lagi.

Jelasnya, pihak berwajib telah memulakan fasa kajian sumber air dan pandangan konklusif mengenai perancangan tersebut akan diberikan setelah sampel diteliti bagi kita melaksanakannya secepat mungkin.

Turut hadir, Ahli Parlimen Teluk Intan merangkap Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta ADUN Changkat Jong, Datuk Azhar Jamaluddin serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Tenaga dan Air, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.