SHAH ALAM – Sebanyak 46,400 unit penapis minyak tiruan jenama Proton bernilai RM464,000 yang diseludup masuk ke negara ini dirampas daripada sebuah kontena di Pelabuhan Klang baru-baru ini.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Sela­ngor, Azman Adam berkata, operasi itu dilakukan de­ngan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) yang berjaya mengesan sebuah kontena berisi barangan palsu pada Khamis lalu.

Menurutnya, KPDNKK bersama JKDM telah me­rampas penapis minyak tiruan di dalam kontena itu yang diseludup masuk dari negara luar untuk pasaran tempatan.

“Bagaimanapun, setakat ini tiada tangkapan dilakukan. Namun, pihak kami sedang menyiasat pihak yang bertanggungjawab membawa masuk barang-barang tiruan itu ke negara ini.

“Produk tiruan ini dipercayai dijual pada harga sama dengan produk tulen iaitu antara RM12 hingga RM15 seunit,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

-KOSMO