SEREMBAN – Penceramah, Ustaz Ebit Lew cedera ringan dalam kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Berkongsi di laman Facebooknya, Ebit memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

“Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

“Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung,” katanya, hari ini.

 

-SinarHarian