KUALA LUMPUR: Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, cedera selepas terbabit kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi, pagi tadi.

Dalam nahas pada jam 8.30 pagi itu, Mohd Izhar yang dalam perjalanan pulang selepas hadir menjadi panel dalam program bual bicara pagi di stesen televisyen swasta mengalami luka ringan manakala kereta yang dinaikinya musnah terbakar.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM), Siti Ramizah Mohd Khalid, berkata sepasukan lima anggota APM dihantar ke lokasi kemalangan sebaik menerima panggilan jam 8.35 pagi.

“Setiba di lokasi 10 minit kemudian, kami dapati sebuah kenderaan Mercedes Benz sedang terbakar.

Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Datuk Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, yang cedera selepas terbabit kemalangan di Bukit Mahkota, Bangi, pagi tadi diusung ke dalam van ambulan untuk dibawa ke hospital.

“Mangsa pula didapati sempat keluar daripada kenderaan dan terus diberikan rawatan awal oleh anggota APM yang mengesan beberapa luka ringan dan kesakitan pada belakang badan mangsa,” katanya ketika dihubungi.

Siti Ramizah berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut – berita harian