CAMERON HIGHLANDS: Anggota mencari dan menyelamat telah berjaya menemui dua warga Australia yang tersesat semasa ekspedisi mendaki di Gunung Brinchang di sini.

Marciela Alice Shirley dan Adam Zhi Qiang, kedua-duanya berusia 25 tahun, memulakan pendakian mereka kira-kira pukul 3.40 petang Isnin.

ADAM Zhi Qiang dan Mercieca Alice Shirley ditemui selamat oleh anggota bomba dan penyelamat, jam 8 malam tadi. – Foto ihsan bomba

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah M. Haziq Hazmi berkata, kedua-dua mereka meneydari bahawa mereka telah sesat kira-kira dua jam kemudian dan menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan bantuan.

“Kami menghantar dua pasukan dengan tiga anggota untuk mencari mereka. Pasukan pertama telah dihantar ke kaki bukit dan mencari dalam lingkungan diameter 1 km dari tempat mereka dipercayai hilang.

“Pasukan kedua mencari di kawasan yang lebih luas, dalam lingkungan diameter 2 km dari laluan,” katanya.

M. Haziq berkata, kedua-dua pejalan kaki ditemui dalam keadaan selamat berhampiran sungai kira-kira pukul 9.50 malam dan dihantar ke hotel tempat penginapan mereka.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Supritendan Hasadid A. Hamid yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa tidak memaklumkan kepada polis tentang perjalanan mereka.

“Kami menasihatkan pelancong atau sesiapa yang ingin melakukan ekspedisi mendaki di sini supaya memaklumkan kami terlebih dahulu,” ujarnya.