GERIK – Seorang lelaki tergelincir dan cedera semasa menuruni Gunung Kenderong berjaya diselamatkan setelah lebih lima jam operasi mencari dan menyelamat dijalankan pagi Sabtu.
Dalam kejadian 11.40 pagi, mangsa, Muhammad Arip Mohammad Isa, 20, yang mendaki gunung itu dilaporkan tergelincir ketika dalam perjalanan menuruni gunung tersebut.
Ketua Polis Daerah Gerik, Superitendan Ismail Che Isa berkata operasi menyelamat oleh Bomba berjaya menemukan mangsa pada jam 4.22 petang pada ketinggian 1,000 meter dari kaki Gunung Kederong dan dilaporkan berada di dalam keadaan separa sedar.
83a37912-f722-4e93-abb8-bc5b04bd8964
Katanya pihak polis dimaklumkan orang awam mengenai kejadian.
“Pada jam 6.30 petang, helikopter Bomba membuat pendaratan menggunakan ‘bucket stracture’ bagi tujuan memindahkan mangsa ke dalam helikopter.
“Mangsa yang mengalami kecederaan di kepala dibawa ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut,” kata beliau ketika dihubungi oleh Suara Perak.
Ismail berkata, keadaan mangsa dilaporkan berada di dalam keadaan stabil setelah mendapatkan rawatan.

Katanya operasi menyelamat melibatkan 23 anggota bomba, lima anggota polis, lima anggota Jabatan Hutan serta dua orang awam.