BAGAN DATUK – Pendedahan yang dibuat ahli seumur hidup DAP, Amran Ahmad mengenai propaganda jahat dan penyebarkan fitnah terancang oleh pihak pembangkang demi memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) telah membuktikan telahan yang dibuat Barisan Nasional (BN) terhadap parti itu selama ini adalah benar.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan DAP yang sanggup menabur fitnah dan tomahan semata-mata demi kepentingan politik membuktikan mereka adalah kumpul desparado atau terdesak yang langsung tidak memikirkan tentang masa depan serta keharmonian negara.

Tambah beliau, percubaan merosakkan pemikiran dan menanam budaya kebencian di kalangan rakyat demi memperoleh kemenangan pada sesuatu pilihan raya juga boleh memakan diri serta merugikan negara.

“Pendedahan dibuat ini membukti bahawa sesiapa sahaja melakukan fitnah merupakan kumpulan desparado (terdesak), tidak seharusnya pemikiran rakyat dirosakkan, budaya kebencian ditanamkan.

“Jika sesebuah parti itu memperolehi kemenangan oleh sebab fitnah dan kebencian yang ditanam, tunggulah mereka sehingga rakyat mengetahui mereka telah melakukan fintah dan kebencian,” katanya pada sidang media selepas program bersama masyrakat India anjuran MyPPP di Sekolah Menengah Kebangsaan Hutan Melintang, di sini pada Ahad.

Pada Sabtu, Amran yang bekerja di Biro Publisiti DAP telah mendakwa parti yang dianggotainya itu sengaja memburuk-burukkan kerajaan termasuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan keluarganya dengan matlamat meracuni pemikirna rakyat sekali gus memenangi PRU-14.

Menjelas lanjut Ahmad Zahid berkata, taktik pembunuhan karektor dilakukan DAP dengan menjadikan Najib sebagai titik tumpuan adalah untuk melaksanakan teori domino dalam politik Malaysia.

“Mereka mengharapkan apabila papan utama (pemimpin utama) jatuh, maka papan yang seterusnya juga akan jatuh.

“Fitnah diulang-ulang, fintah baharu diwujudkan melalui video dan pelbagai lagi kaedah, ya walaupun ini adalah cara mereka tetapi politik Malaysia adalah politik matang, fitnah, tomahan dan cerita palsu tidak seharusnya berlaku,” ujar beliau.

BRITA BERKENAANManfaatkan 48 Jam Terakhir Kempen