KEHADIRAN objek misteri di ruang udara Beijing dan beberapa kawasan sekitar seperti Mongolia dan Chongqing ternyata menimbulkan panik dalam kalangan orang awam.

Malah, ribuan foto serta video kejadian tersebut dimuat naik ke laman sosial negara itu, Weibo.

Menerusi paparan yang tular, satu cahaya terang dilihat berpusar di beberapa bandar.

Malah, ia juga kelihatan mempunyai ekor yang panjang sekaligus ramai yang beranggapan bahawa ia merupakan kapal angkasa makhluk asing yang sering disebut sebagai UFO.

“Makhluk asing sudah datang,” ujar netizen menerusi Weibo.

“”Mungkin makhluk asing dalam perjalanan pulang selepas sambutan hari kebangsaan di sini,” ujar seorang lagi individu.

Namun, misteri itu turut dikaitkan dengan pelancaran roket Falcon 9, Isnin lalu.

Ujar seorang individu, objek putih misteri itu berkemungkinan hanyalah asap daripada ekzos roket berkenaan.

Malah katanya, ia tidak sukar untuk dirungkaikan kerana kejadian itu juga berlaku tidak lama selepas pelancaran roket.-DailyStar.