KUALA KANGSAR: Ketika rakyat di seluruh  negara tertekan berikutan kenaikkan harga minyak masak di pasaran, kerajaan negeri Perak meneruskan usaha membantu meringankan beban golongan keterbawahan untuk mendapatkan bekalan bahan itu pada harga murah.

 Kerajaan negeri menerusi Kedai Bergerak 1 Amanjaya (KB1AJ) di bawah pengurusan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBU) menawarkan harga minyak masak jauh lebih murah berbanding yang dijual di pasaran.

Tinjauan Suara Perak ke Dataran Pekan Sauk pada Sabtu mendapati ramai penduduk kampung beratur untuk membeli minyak masak dan barangan keperluan dapur lain di KB1AJ yang mula dibuka pada jam 8.30 pagi.

 Rata-rata mereka yang ditemui merasa amat lega kerana dibenarkan membeli enam kilo minyak masak yang dijual pada harga RM2.25 sekilo berbanding RM2.50 sekilo yang dijual di pasaran.