TRONOH: Menteri Besar YAB Ahmad Faizal Azumu mahu penganjuran festival budaya tidak hanya mengetengahkan satu kaum sahaja tetapi sebaliknya perlu ada penglibatan semua.

 

Beliau memberikan contoh penganjuran ‘Red Sonata Fiesta’ (RSF) yang dianjurkan setiap tahun perlu ditambahbaik yang menjurus kepada perkongsian budaya dan penglibatan semua kaum dalam

 

 

Menurutnya pertandingan orkestra Cina yang memasuki penganjuran kali kelima itu perlu disertai semua bangsa di negara ini dalam usaha menyemarakkan budaya antara semua kaum.

 

“Saya telah mengadakan perjumpaan dengan
Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong) melibatkan penyertaan peserta seluruh negara yang datang ke Perak bagi pengajuran Red Sonata Fiesta ini.

 

“Kami telah membincangkan tentang pendidikan dan budaya bangsa Cina supaya persembahan budaya selepas ini yang perlu menampilkan budaya semua bangsa bukan satu bangsa sahaja.

 

“Saya amat bersyukur kerana tanpa saya sangka mereka semua menerima baik pandangan daripada kerajaan negeri untuk menampilkan budaya dari kaum-kaum lain dalam penganjuran Red Sonata Fiesta pada tahun hadapan selain daripada kaum Cina,” katanya kepada media selepas sesi perbincangan dengan kira-kira 20 wakil dari pertubuhan Huangzhong di Universiti Teknologi Petronas, di sini, hari ini.

 

YAB Ahmad Faizal yang merupakan Ahli Parlimen Tambun juga mengalakkan kumpulan ini untuk terlibat sama dengan pihak kerajaan dalam program kemasyarakatan di negeri ini.

 

‘Red Sonata Fiesta’ merupakan satu festival kesenian yang mengangkat kebudayaan muzik masyarakat Cina merupakan anjuran Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazhong) dengan kerjasama UTP.

Sementara itu penyelaras program Datuk Cheng Lai Hock menyifatkan perbincangan bersama Menteri Besar disifatkan sebagai satu permulaan kepada langkah mengenali budaya antara kaum di Malaysia.

 

“YAB Ahmad Faizal memberi cadangan supaya melibatkan kaum lain untuk saling mempelajari budaya dan alat muzik kaum lain sebagai langkah membina satu negara yang harmoni,” katanya.

 

Menurut beliau, fiesta kali ini melibatkan penyertaan kira-kira 6,000 peserta bagi enam kategori yang dipertandingkan iaitu orkestra besar Cina, chamber kecil orkestra Cina, band, tarian, koir dan pertandingan solo.

 

Pertandingan orkestra Cina berlangsung selama dua hari bermula 29 Jun dan “Bertemakan ‘Reminiscing Fall’, RSF2018 menyediakan platform bagi peminat orkestra Cina mempamerkan bakat serta kemahiran mereka.

 

Pada majlis sama, Pertubuhan Huazhong telah menyumbangkan sejumlah RM150,000 kepada Tabung Harapan Malaysia.

 

“Mereka telah bersepakat untuk menyumbang sebanyak RM150,000 dan setiap ahli gabungan akan terus berkempen kepada ahli-ahli ataupun gabungan persatuan di negeri masing-masing untuk terus mendapatkan dana bagi membantu menyelamatkan Malaysia melalui Tabung Harapan Malaysia,” kata YAB Ahmad Faizal.