IPOH, 25 Jun (Bernama) — Penganjuran majlis rumah terbuka Aidilfitri yang diadakan setiap tahun berjaya menjadi medium untuk merapatkan ukhwah antara rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata perayaan Aidilfitri membuktikan keunikan dan kelebihan masyarakat di negeri ini yang sentiasa bersatu padu dalam kepelbagaian dan perbezaan diraikan bersama dalam perayaan dengan begitu meriah tanpa mengira bangsa dan agama.

“Ini menandakan semangat dan tradisi rakyat saban tahun dalam menyambut Aidilfitri dan inilah contoh keamanan yang terdapat di negara kita yang tidak mungkin dapat merasai suasana seperti ini di negara lain.

-Bernama