TAIPING: Pengarah sebuah syarikat maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan di Kilometer 83 Jalan Ipoh – Butterworth, dekat sini, awal pagi ini.

Pengarah syarikat Eng Heap Seng Rice & Flourmill (M) Sdn. Bhd., Ng Ah Bah @ Ooi Gim Chooi, 80, yang berasal dari Butterworth, maut di tempat kejadian dalam kemalangan kira-kira jam 1.45 pagi.

 “Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan Sylphy yang datang dari arah Kamunting telah memasuki laluan bertentangan lalu terlanggar bahagian pintu sebelah kanan sebuah Proton Wira.

“Kereta Nissan Sylphy itu kemudiannya dikatakan merempuh kereta Volkswagen milik mangsa dari arah hadapan, menyebabkan mangsa meninggal dunia,” katanya kepada Suara Perak.

Harith Kam berkata, seorang pelajar yang menaiki kereta Nissan Sylhpy bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Pihak kami menerima maklumat mengenai maklumat mangsa maut sekitar jam 3 pagi dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya lagi.