Subscribe Now

Trending News

Penggunaan Jerat Ke Atas Haiwan Satu Kesalahan – Wan Junaidi
Dalam Negeri

Penggunaan Jerat Ke Atas Haiwan Satu Kesalahan – Wan Junaidi 

IPOH – Penggunaan jerat ke atas haiwan merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan tegas termasuk hukuman penjara, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010, individu yang disabitkan kesalahan menggunakan jerat ke atas haiwan boleh didenda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 dan penjara maksimum dua tahun.

“Penggunaan jerat ke atas haiwan merupakan tindakan yang sangat zalim, kejam dan tidak berperikemanusiaan yang boleh menyebabkan kepupusan pelbagai spesies hidupan liar secara drastik.

“Selain daripada hidupan liar, jerat juga berisiko memberi ancaman kepada manusia yang melalui kawasan yang dipasang jerat,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas insiden penemuan satu bangkai Harimau Dahan (Neofelis nebulosa) yang mati akibat jerat di Kampung Sarok, Gerik pada 25 Januari lalu. – Bernama

Related posts