KUALA KANGSAR– Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Penganugerahan Pingat-Pingat dan Istiadat Menutup Kerja di Istana Iskandariah, di sini pada Sabtu.

Berangkat pada istiadat itu Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak Raja Jaafar, Raja Muda Musa dan Raja DiHilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah, Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Sultan Abdul Halim dan barisan kepimpinan kerajaan negeri.

Antara Pingat dan Darjah yang disampaikan ialah Darjah Paduka Cura Si Manja Kini (PCM), Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP), Darjah Ahli Cura Si Manja Kini (ACM), Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP), Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Lama Perkhidmatan (PLP).

Seramai 296 penerima menerima penganugerahan masing-masing termasuk 29 pegawai dan pemain pasukan bola sepak Perak yang berjaya memenangi Piala Malaysia dalam perlawanan akhir menentang Terengganu, baru-baru ini.

Mereka ialah Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri; Amirul Azhan Aznan; Brendan Gan Seng Ling; Gilmar Jose Da Silva; Hamizul Izaidi Zulkifli; Kenny Pallarj; Khairul Amri Salehuddin; Khairul Asyraf Sahizah dan Leandro Dos Santos.

Turut menerima pingat berkenaan ialah Mohamad Idris Ahmad; Mohammad Nasrullah Abdul Aziz; Mohd Hafiz Kamal; Mohd Nazrin Mohd Nawi; Mohd Nizad Ayub; Mohd Nor Hakim Hassan; Mohd Rafiuddin Roddin.

Sultan Nazrin Shah turut berkenan mengurniakan pingat kepada Muhammad Firdaus Saiyadi; Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy; Rafiq Faezz Muhammad Fuad; Muhammad Rizal Che Aziz; Muhammad Syazwan Zaipol Bahari; Nazirul Naim Che Hashim; Roslan Khan Md Sharif; Sam Pakiaraj; Shahrul Mohd Saad; K Shatiya; S. Vijay Babu dan Wander Luiz Junior.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Perak, Mehmed Durakovic dan dua bekas atlet Perak, iaitu jaguh sukan lompat tinggi Loo Kum Zee@Loh Kum Zee yang menjadi Ketua Kontinjen Sukan Malaysia (SUKMA) Perak 2018 dan Mon Redee Sut Txi yang pernah mewakili negara dalam sukan memanah sejak 1999 hingga 2007 menjadi antara 66 penerima Darjah Ahli Mahkota Perak (AMP).

 

Ahad lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mendahului 18 penerima Darjah Kebesaran Perak bersempena ulang tahun ke-62 Hari Keputeraan Sultan Perak.