KAMPAR: Walaupun selepas 17 tahun skim kawalan harga musim perayaan dilaksanakan, masih terdapat peniaga yang mengambil sikap sambil lewa terhadap peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di bawah skim tersebut.

Ada di antara mereka seolah-olah memandang remeh peraturan tanda harga seperti hanya menulis di atas plastik pembungkus merah jambu, tulisan yang kecil dan di atas kertas yang mudah rosak serta tidak meletaknya di tempat barangan kawalan.

5a5db820-00e1-49bc-8b9d-6972f307b764Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Hal Ehwal Pengguna, NGO dan Masyarakat Sivil negeri Perak, Datuk Samsudin Abu Hassan berkata, kefahaman di kalangan peniaga harus ditingkatkan supaya mereka mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan demi untuk kemudahan pengguna.

“Jangan anggap tanda harga ini remeh, sama ada dalam musim perayaan atau bukan, itu adalah perkara yang sepatutnya menjadi satu perkara penting kepada peniaga-peniaga.

“Pengguna hari ini hendak cepat, mereka tiada masa, apatah lagi membeli ketika terlalu ramai pelanggan, mereka tidak akan melihat harga kalau ia diletakkan di dinding atau sudut yang tidak jelas,” katanya.

Beliau berkata demikian ditemui selepas melakukan tinjauan di Pasar Awam Kampar, di sini pada Khamis bersama-sama para pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengunaan (KPDNKK)

Samsudin berkata, semasa tinjauan, pihaknya juga mendapati ramai pengguna yang tidak ambil kesah mengenai skim kawalan harga kerana mereka hanya ingin membeli, tanpa meneliti harga barangan yang dikawal.

70c41810-2faa-48e9-aacc-45c618c2e635

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pengguna supaya membeli lebih awal keperluan Hari Raya bagi mengelakkan kesesakan yang kemungkinan menyebabkan berlaku penipuan.

“Tadi saya bertemu Puan Kalsum dari Perkampungan Tersusun Batu Karang, walaupun Hari Raya tiga hari lagi, tetapi dia telah membeli keperluan barang dapur seperti daging dan sebagainya untuk disimpan, ini satu contoh yang baik,” ujarnya.