BAGHDAD: Penjaga gol di liga utama Iraq menyembunyikan berita kematian bayi perempuannya yang baru lahir kepada pasukan dalam usahanya untuk disenaraikan bermain.

“Beberapa jam sebelum perlawanan, anak perempuan saya yang berusia lima hari meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi ketika kelahiran,” kata penjaga gol kelab Naft Maysan, Alaa Ahmad kepada AFP.

Ahmad, 21, berkata dia meminta kepada keluarganya untuk tidak menyebarkan berita berkenaan kerana dia terdesak untuk bermain pada Khamis lalu untuk menonjolkan kebolehannya ketika menentang pasukan besar, Al-Shorta, yang dimiliki oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Ia adalah keputusan saya sendiri untuk tidak memberitahu kepada seorang pun rakan sepasukan atau pengurus kerana saya tahu mereka tidak akan membenarkan saya bermain,” katanya.

Ahmad membantu pasukannya yang dianggap kerdil mengikat lawan berkenaan 1-1 dan ketika rakan sepasukan meraikan kejayaan itu ketika wisel penamat ditiupkan.

Begitupun, Ahmad berkata dia “dihimpit sensasi pelik” dan mengalirkan air mata.

Berita mengenai Ahmad tersebar dengan pantas di media sosial dan dia dibanjiri oleh mesej penuh sokongan.

Pengkritik bola sepak memuji permainannya ketika perlawanan itu dengan salah seorang pengadil berkata dia menampilkan persembahan yang ‘menakjubkan.” – berita harian