Oleh:Nazialita Geynna Maharan

SERI ISKANDAR: Seorang penjawat awam yang pulang dari kerja, menemui ajal setelah motosikalnya terbabas dan merempuh penghadang Jambatan Pulau Besar di Kilometer 32, Jalan Bota Kanan – Teluk Intan, pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superitendan Zainal Abdullah berkata, kejadian tersebut berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa, Hambal Rudin Hassan, 51, hilang kawalan setibanya di Jambatan Pulau Besar.

“Motosikal mangsa kemudian terbabas ke kiri jalan sebelum terlanggar penghadang jambatan, pada ketika itu, keadaan jalan adalah lurus dan cuaca baik. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Suara Perak.

Zainal berkata, mayat mangsa dihantar ke hospital bagi tujuan bedah siasat.

“Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

 

maut-balik-kerja