SHAH ALAM: Penstrukturan semula industri air di Selangor akan dimuktamadkan segera dalam masa terdekat, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, penyelesaian isu penting berkenaan memang sudah dimasukkan ke dalam agenda utama pentadbirannya.

“Kerajaan negeri akan mendapatkan persetujuan Putrajaya bagi memuktamadkan penstrukturan semula air Selangor,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau mengumumkan portfolio setiap EXCO yang baru dilantik dalam pentadbiran kerajaan negeri ini.

Sementara itu ditanya mengenai pilihan raya kecil (PRK) bagi membolehkan Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menjadi kepemimpinan utama negara selepas dibebaskan, Mohamed Azmin berkata, keutamaan akan diberikan kepada pentadbiran Kerajaan Persekutuan terlebih dahulu.

“Kita akan memberi sokongan padu kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, serta Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebagai pasukan untuk memimpin kerajaan, dan kita akan membincangkan langkah seterusnya,” katanya – berita harian