KUALA LUMPUR: Seorang pensyarah di sebuah universiti swasta yang juga imam dari Palestin ditembak mati di kawasan pejalan kaki di luar sebuah kondominium di Jalan Gombak, Setapak, di sini, ketika berjalan menuju ke surau untuk menunaikan solat Subuh pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim, berkata pihaknya menerima maklumat berhubung seorang lelaki Arab berusia 35 tahun ditembak, dipercayai oleh dua lelaki yang menaiki motosikal, di hadapan kondominium itu kira-kira jam 6 pagi.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal melepaskan lebih 10 das tembakan. Pemeriksaan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan dikesan pada badan mangsa.

“Polis turut menemui dua kelongsong peluru di lokasi kejadian. Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa sudah berkahwin dan tinggal di kondominium berkenaan – berita harian