SUNGAI SIPUT: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda (4X4) di Kampung Rimba Panjang di sini pada awal pagi Rabu.

Dalam kejadian itu, kedua-dua kenderaan 4X4 itu dipercayai bertembung dan mengakibatkan seorang penumpang maut di tempat kejadian.

d91f01b5-e896-4dc2-b0b5-d56aacb2a6caJurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada pukul 1.10 pagi.

“Setibanya di lokasi, kami mendapati berlaku kemalangan melibatkan dua buah kenderaan 4X4 Isuzu DMax dan Toyota Hilux yang bertembung.

“Dua orang menaiki Hilux telah tersepit di mana pemandunya cedera parah dan penumpangnya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Pemandu DMax pula telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jurucakap itu berkata, anggota bomba dan penyelamat mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan penyelamatan sebelum menghantar dua mangsa yang cedera ke hospital.

“Mangsa yang meninggal diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.

“Operasi yang diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fauzi Hashim @ Nazri tamat pada pukul 2.07 pagi,” katanya lagi.

56f8e9f4-8c08-43f2-8154-ae54bf348332Suara Perak masih cuba mendapatkan pengesahan pihak berkuasa mengenai kejadian itu yang dikatakan berpunca daripada pemandu mabuk.