IPOH 3 Okt. – Seorang lelaki maut setelah diseret lori membawa muatan baja di Jalan Chemor-Tanah Hitam dekat sini hari ini.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.56 pagi melibatkan seorang penungang motosikal berusia 30 tahun.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dan menurut keterangan saksi, mangsa terjatuh dari motosikalnya ke bawah lori lalu diseret.

“Anggota bomba mengeluarkan mayat dari bawah lori dan menyerahkan mayat mangsa kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – UTUSAN ONLINE