SLIM RIVER: Seorang penuntut wanita maut kereta dinaiki terbabit kemalangan di Kilometer 105 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur, berhampiran Taman Tasik Yang Di Pertua (YDP) di sini awal pagi, hari ini.

Dalam kejadan kira-kira 6 pagi itu, Nur Suhaida Said, 20, penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) Behrang, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta PERODUA Viva yang dipandu rakannya, Muhammad Aiman Mohd Khairi, 20, dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas masuk ke dalam longkang.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata siasatan awal mendapati ketika kejadian mangsa dan rakannya dalam perjalanan dari Slim River ke Behrang.

“Mangsa yang berasal Kampung Batu Tiga, Selama, meninggal dunia di tempat kejadian dan di hantar ke Hospital Slim River untuk dibedah siasat.

“Rakan mangsa yang juga penuntut politeknik sama hanya cederadi mulut dan kaki serta masih tidak mengingati bagaimana kemalangan itu berlaku,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 – berita harian