Kerajaan mengambil keputusan menangguhkan pelaksanaan semula harga minyak secara mingguan, yang sebelum ini dijadual bermula 1 Januari 2019.

Sistem apungan harga secara mingguan dijangka akan menurunkan harga runcit petrol berikutan kejatuhan harga minyak mentah global.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, penetapan harga runcit petroleum terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019.

Beliau berkata ini kerana kerajaan perlu membincangkan isu yang dibangkitkan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) yang menentang penetapan harga secara mingguan.

“Permintaan PDAM dan juga (langkah) memastikan penetapan harga runcit produk petroleum yang paling optimum akan dipertimbangkan dan diputuskan jemaah menteri yang akan bermesyuarat pada 2 Januari ini.

“Perdana menteri juga akan bertemu PDA dalam masa terdekat.

“Oleh itu harga runcit RON97, RON9 dan diesel masing-masing dikekalkan buat beberapa hari ini. Penetapan harga runcit terkini akan dibuat sebelum akhir minggu pertama 2019,” katanya lagi – Malaysia kini

[Berita lanjut menyusul]