IPOH: Seorang penyokong Johor Darul Ta’zim cedera apabila terkena mercun yang dibaling tamat perlawama antara Perak menentang JDT pada malam Ahad.

Dalam insiden itu, penyokong berkenaan cedera di bahagian perut dan telah dibawa mendapatkan rawatan menggunakan ambulans sebaik sahaja tiba di perkarangan stadium.

Kekecohan seri satu sama sebagai keputusan penuh melahirkan rasa tidak puas hati dari kalangan penyokong Bos Gaurus khususnya namun keadaan masih terkawal buat masa ini.

Tiga dentuman mercun kedengaran sebaik sahaja penonton beredar pulang dan pihak polis masih lagi melakukan kawalan keselamatan sehingga pukul 12 tengah malam ini.