TAIPING: Polis mengenal pasti beberapa individu yang dijangka mampu menimbulkan kekecohan sewaktu proses penamaan calon dan tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di sini yang bermula esok.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Taib, berkata setakat ini pihaknya mengenal pasti tujuh individu dari beberapa parti politik di daerah ini yang agresif dan mampu menimbulkan kekecohan.

Menurutnya, polis sedang memantau bagi memastikan dan menghalang individu berkenaan dari melakukan sebarang kekecohan atau insiden tidak diingini.

“Tujuh individu ini berada dalam pemantauan polis bagi bagi memastikan mereka tidak membuat kekecohan sewaktu penamaan calon esok dan sepanjang tempoh berkempen.

“Bagi hari penamaan calon esok dijangkakan seramai 8,000 penyokong parti yang bertanding bagi kawasan Parlimen Bukit Gantang di Dewan Besar Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) manakala 5,000 penyokong bagi Taiping di Majlis Perbandaran Taiping (MPT),” katanya dalam majlis taklimat bersama Ketua Pois Daerah Taiping kepada calon dan wakil PRU-14di sini, hari ini. .

Mohamad berkata, pihaknya menempatkan hampir 400 pegawai dan anggota di kawasan terbabit bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

Beliau turut memberi penerangan mengenai larangan yang ditetapkan polis sepanjang proses penamaan calon termasuk penggunaan dron serta senjata tajam atau sebarang benda yang boleh mendatangkan kecederaan.

Katanya, polis turut membuat pemeriksaan rapi terhadap beg yang dibawa serta turut memantau sebarang sepanduk berbentuk hasutan atau provokasi dan akan mengenakan tindakan kepada mana-mana individu atau pihak yang melanggar peraturan.

Katanya, polis turut membuat pemeriksaan rapi terhadap beg yang dibawa serta turut memantau sebarang sepanduk berbentuk hasutan atau provokasi dan akan mengenakan tindakan kepada mana-mana individu atau pihak yang melanggar peraturan – berita harian