IPOH: Perak akan menganjurkan sesi Dialog TN50 mengenai pengeluaran makanan dalam usaha untuk menjadikan negeri ini sebagai pengeluar makanan utama negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pertanian, Perladangan, Penerangan dan Pembangunan Modal Insan negeri, Datuk Saarani Mohamad berkata, sesi dialog itu akan diadakan secepat mungkin.

40082f19-d451-42d4-9e91-326b59be9a36Menurut beliau, berdasarkan dialog TN50 yang telah dianjurkan kebanyakan aspirasi anak muda menumpukan kepada industri masa depan seperti teknologi maklumat dan digital.

“Semuanya membayangkan TN50 mengenai teknologi tinggi hingga kita lupa hendak makan apa nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Perak di Wisma Peladang
di sini pada Selasa.

Hadir sana Pengerusi PPN Perak, Datuk Nadzri Ismail dan Pengurus Besar PPN Perak, Dzulfadli Johan.

Saarani menawarkan kepada PPN Perak untuk menerajui sesi dialog itu kerana mereka mempunyai keahlian yang ramai iaitu kira-kira 100,000 orang di samping 30 platform Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negeri.

a440db1f-1b28-4e07-8cc8-2a6c14d4d768

35bf0453-6725-4e1d-8f30-bc71cdf403e2“Kita akan panggil ahli-ahli pertubuhan peladang dan anak-anak muda untuk memberi input bagi merancang masa depan pengeluaran makanan,” ujarnya.

Sementara itu, Nadzri berkata, pihaknya bersedia untuk menjadi peneraju dalam sesi dialog berkenaan.

“Kita akan menggerakan segala jentera yang ada, baik di peringkat negeri hingga ke peringkat PPK, untuk menjayakan dialog ini,” katanya.