IPOH: Kerajaan negeri Perak belum berhasrat untuk mengecilkan jumlah penjawat awam di negeri itu.

Bagimanapun, jika terdapat keperluan, tindakan itu akan dilaksanakan terhadap penjawat awam yang dilantik atas tiket politik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, tindakan itu baik, demi kepentingan rakyat, di samping dapat mengurangkan pembelanjaan negeri

“Apa yang kerajaan Persekutuan cuba lakukan ialah untuk memperbaiki ataupun membawa kerajaan kepada landasan yang betul, yang lebih baik, demi untuk kepentingan rakyat, bukannya untuk kita menidakkan kehendak orang ataupun rakyat yang ingin memasuki perkhidmatan awam, kerja dengan kerajaan dan sebagainya.

“Yang itu kita akan imbangi dengan sebaik mungkin. Bagi pihak kerajaan negeri, kita menyambut baik usaha yang sedang dibuat oleh kerajaan Persekutuan,” katanya.
Beliau ditemui selepas menyaksikan majlis mendatangani perjanjian persefahanan antara Tourism Perak dan Perak Transit bagi Perkhidmatan Bas Hop On Hop Off, di sini, pada Rabu.

Baru-baru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberitahu saiz perkhidmatan awam yang terlalu besar akan meningkatkan perbelanjaan mengurus kerajaan sekali gus mengecilkan peruntukan perbelanjaan pembangunan negara.