Oleh: Aida Aziz

IPOH: Seiring dengan pencapaian negara dalam industri perfileman berasaskan animasi digital, Negeri Perak dilihat memiliki potensi untuk bertapak sebagai pusat pengeluar filem animasi.

Potensi ini wujud lebih-lebih lagi dengan adanya agensi pendokong teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) negeri, KPerak Implementation & Coordination Corporation (KPerak INC).

3249ebc8-c87c-4149-b97c-094e7771e8e4Pelopor filem animasi tempatan, Hassan Abdul Muthalib berpandangan, walaupun perkembangan industri animasi di Perak masih di tahap awal, ianya boleh dirancang.

Tambahan, beliau berkeyakinan industri animasi di negara ini sudah mampu bersaing dengan negara lain sehingga dapat menerjah pasaran antarabangsa.

“Saya masih belum nampak produk animasi dari Perak tetapi kita boleh memanggil orang industri untuk duduk bersama KPerak INC bagi merancang peluang yang ada dalam bidang ini.

“Potensi dan kemajuan di Malaysia dalam animasi sudah boleh dibanggakan bermula dengan Kampung Boy, Upin Ipin dan BoBoiBoy,” ujarnya ketika ditemui Suara Perak di sini, baru-baru ini.

Hassan yang lebih dikenali sebagai Pak Hassan hadir di kolej berkenaan untuk menyampaikan syarahan dalam bengkel “From Script to Screen: An Introduction to Documentary Film Making” di Auditorium Kolej Cosmopoint Jalan Tun Razak, Ipoh.

Beliau yang juga dikenali sebagai pengkritik filem selain pengarah animasi terkemuka, berkata, anak muda kini cenderung memilih kerja dalam bidang seni tetapi masih sukar memahami bahasa filem.

Katanya, bahasa filem bermaksud sesuatu mesej yang tidak boleh disampaikan melalui dialog, ia perlu dilakukan menerusi susunan visual dan bunyi-bunyian.

“Orang muda kini cenderung memilih untuk kerja dalam bidang seni, ia bukan hanya setakat memahami perisian atau teknologi terkini tetapi mereka seharusnya mempelajari apa itu bahasa filem.

2d03e757-a018-47d8-8ad1-13643deb0a8d

20426976-468d-45fc-b0ba-57ed47533256

“Jika elemen ini ada, kita boleh anggap ia berjaya sebagai sebuah filem dan kajian membuktikan rata-rata pengarah tidak faham bahasa filem, jadi kita hanya boleh gelar itu wayang kerana sekadar berpura-pura,” katanya.

Baginya, secanggih mana pun penggunaan teknologi dalam pembikinan dokumentari, filem mahupun animasi, jika tiada kefahaman dalam ‘bahasa visual’, pembikinan itu tidak layak digelar karya dan lebih sesuai diterjemahkan sebagai ‘wayang’.

Kepentingan kunci utama itu semakin dipinggirkan memandangkan kebanyakan pengarah di negara ini tidak memahami bahasa filem, ujar Pak Hassan.

969e2ee7-2694-4dd0-8877-844b8a2b646eOleh yang demikian, katanya, asas pembelajaran perlu diketengahkan dalam silibus di pusat pengajian tinggi selain melatih para pensyarah untuk mempunyai pengkhususan berkaitan filem dan animasi.

“Saya selalu menyampaikan ceramah di pusat pengajian tingggi dengan harapan anak-anak muda yang mendalami bidang ini faham, bahasa filem tidak boleh dipelajari di youtube atau sebagainya, dan mesti berguru,” katanya.

Jelas Pak Hassan, sehubungan itu, bengkel yang dianjurkan oleh Kolej Cosmopoint itu boleh dijadikan asas untuk meneruskan matlamat memberi pengenalan tentang pembikinan dokumentari dan kaedah untuk menarik minat penonton.