PANGKOR : Kerajaan negeri Perak akan mengadakan perbincangan dengan Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) untuk membangunkan tanah-tanah milik badan korporat itu bagi kegunaan rakyat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, kerajaan negeri amat mengalu-alukan perbincangan itu.

”Saya amat berharap Pos Malaysia akan datang berbincang dengan kerajaan negeri untuk kita memberikan perkhidmatan kepada rakyat,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Alamat Untuk Semua (AFA) di Dataran Kurma, Pangkor pada Jumaat.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, Pengerusi SKMM, Datuk Seri Dr Halim Shafie dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi.

Dr Zambry memberitahu, beliau juga telag mengadakan perbincangan tidak langsung dengan Dr Halim (Pengerusi SKMM) berhubung isu gangguan jalur lebar di Perak.

Beliau berharap pendekatan yang lebih aktif dapat dicapai antara SKMM dan kerajaan negeri berhubung perkara itu.

Katanya, ini memandangkan, keadaan geografi di Perak yang panjang dan besar dan menyebabkan berlakunya gangguan tertentu di beberapa kawasan.

”Perkara ini perlu diselesaikan demi kepentingan rakyat negeri Perak,’’ ujarnya.

pos pangkor 3

pos pangkor 2