IPOH: Babak kedua permainan menyaksikan Perak dan JDT seri satu sama dalam pusingan separuh akhir pertama di Stadium Perak pada malam ini.

Pertukaran pemain Johor Mohd Afiq Fazail tidak merancakkan permainan sebaliknya menyaksikan pasukan Harimau Selatan itu seolah-olah cuba mencari momentum dalam permainan separuh masa kedua.

Bagaimanapun,kesilapan kecil daripada kapten pasukan Perak ,Muhammad Shahrom Kalam membolehkan penyerang JDT Mohamad Ghaddar untuk menghasilkan gol pada minit ke 68 permainan.

Suasana seluruh stadium menjadi agak tegang apabila pelbagai aksi pasukan Seladang yang cuba menembusi pertahanan JDT dilihat gagal sepanjang separuh masa kedua.

Keputusan penuh perlawanan Perak dan JDT masing-masing menjaringkan satu gol sebelum bertemu semula untuk perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Hassan Yunus, Larkin,Johor pada 21 Oktober kelak.

Kelebihan permainan malam ini memihak kepada JDT di atas jaringan gol sebagai pasukan pelawat.