IPOH: Perak muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP) XXVI 2019 yang berlangsung di sini.

Kejayaan tahun kedua berturut-turut itu selepas tuan rumah muncul juara tiga acara iaitu bola tampar lelaki, sepak takraw berpasukan dan sepak takraw antara regu.

Hadiah-hadiah disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim yang juga alumni Politeknik Ungku Omar.

Seramai 1,200 atlet dari 13 buah negeri mengambil bahagian dalam karnival itu yang berlangsung Bola sepak, bola jaring, bola tampar, sepak takraw dan hoki.

Kejohanan berlangsung selama lima hari bermula 29 April lalu di venue sekitar Ipoh.

Hasnul berkata,sukan memainkab peranan untuk membentuk minda dan tubuh yang sihat di samping membentuk sahsiah positif, mengekalkan interaksi sosial dan mengajar erti toleransi.

“Karnival ini berjaya membentuk atlet menjadi pelatih atlet negara di masa akan datang,” katanya pada sidang media selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah di Politeknik Ungku Omar pada Jumaat.

Sementara itu, Yang Dipertua MSP, Muhamad Rumzi Mamat berkata, karninal sukan itu juga sebagai persiapan menghadapi Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) Ogos depan dan Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIP) Ogos tahun hadapan.

Menurutnya, politeknik turut memberi tumpuan untuk melahirkan atlet kebangsaan, khususnya dalam sukan hoki dan ragbi.